Apa Yang Naik Di Malaysia?



1 . Harga Minyak Petrol Naik
Ok, Kali ni post serius, Semakin hari, Rakyat malaysia makin terbeban dengan kos sara Hidup. Apabila subsidi ditarik balik, Harga minyak akan menjadi tinggi. Jika harga Minyak naik, segala kos sara hidup akan automatik naik. Orang kata,( Bukan Badak Kata ), Kalau nak jimat minyak, naik kenderaan awam,






2. Tambang Pengankutan Awam Naik Pulak.
Selepas dipaksa naik kenderaan awam, Tambang pulak dinaikkan. Dah la kena berhimpit-himpit dengan warga asing pulak. Umpama seekor ikan Sardin yang di-tin kan atau lebih dikenali sebagai ikan sardin.






3. GST Diperkenalkan.
Tidak Cukup dengan Itu, GST pula diperkenalkan, 6% . Bertambah-tambah la lagi kos sara hidup rakyat seperti hamba ini. Dulu kata bila GST diperkenalkan, harga barang-barang akan turun, tetapi sebaliknya yang berlaku sekrang ini, sehingga kan pelakon iklan GST di TV3 tidak tahu mana mahu sorok itu muka diaworang. Umpama mencampak tahi ke langit, terkena muka sendiri.





4. Tol Naik
Tol terpaksa dinaikkan juga, walaupun hasil kutipan GST berbilion. Sudahlah dikenakan GST, cukai juga perlu dibayar, Nasib Hidup di Bumi Malaysia.





Dahlah, korang fikir la dulu macam mana nak survive dekat Malaysia ni, aku nak bersiap-siap pindah dekat England ni, Driver aku dah tunggu ni. 







.....................









Aduii, terlepas pulak train ke Rawang ni, kena tunggu lagi 30 minit!!!



4 comments :

namy yul said...

itulah, agaknya orang yg bagi naik semua ni bile nak turun?
follower #2167

Etuza Etuza said...

asalam..tuan blog done follow ke 2170 ya..terjah blog Etuza pula

mun said...

huhu..nak wat caner kan..kan.. redha je laa... jom duk england.. huk huk...

Sabrina SA said...

haha yang last sekali tu lawak.. tp memang rasa nk pindah negara pun ada jgk

Facebook Blogger Plugin: By RNHckr.com

Post a Comment