Kalau Aku kaya .MP3 ( Aku feat altimet)








1. Kalau aku kaya? Aku nak setelkan dulu PTPTU aku, Huh!
Jangan risau ye kawan-kawan, kalau aku kaya nanti, aku tolong korang bayarkan PTPTU( perbadanan tabung pendidikan tinggi Uganda) korang ye.. 









2. Kalau aku Kaya? Macam kata Antimat dengan awe rafael la, beli kereta besau-besau.








3. Kalau Aku Kaya? Aku taw BR1M ni tak cukup untuk korang kan? nah, aku bagi BR1D ( Bantuan rakyat 1 dunia) pulak, tapi time nak isi borang tu, korang kena mintak sign penghulu kampung dengan tok bidan kampung je, tak payah sign2 pegawai kerajaan.








4. Kalau Aku Kaya? hahahaha, aku gelak dlu, ( aku tahu korang baca pun sambil gelak kan?) aku nak beli kapal terbang, tak payah nak lalu trafik jem ni, masuk kerja pkul 8, pkul 7.55 baru start enjin kapal terbang, korang nak tumpang? boleh, 20 sennn.








5. Kalau Aku Kaya? aku tak nak cakap banyak, aku nak sedekahkan duit aku tu kepada orang yang susah, ini serius, mohon jangan gelak.




Jenis-jenis Kutu Yang Terdapat Di Malaysia



1.Duit Kutu
Kutu ni la yang paling bahaya sekali, tiap-tiap kali cukup masa, dia kutip duit, Kutu ni biasanya ada 2 tangan dan 2 kaki, dan pakai baju lawa-lawa.






2. Kutu yang Haram
Kutu ni biasanya orang jarang sebut, tapi adik beradik dia orang selalu sebut( jangan tanya aku apa dia adik beradik dia ni) , Kutu ni sama jugak, ada 2 kaki dengan 2 tangan, saiz dia kecik sikit jika dibandingkan dengan kutu-kutu yang lain.







3.KUTUpat
Kutu ni sangat femes time raya, lagi sedap kalau digandingkan bersama-sama dengan rondang daging. Kutu ni besar sikit dari kutu harom dan kecik sikit dari orang yang kutip duit kutu, Kutu ni tak ada tangan dengan kaki, tapi dia ada magic, kejap ada, kejap tak ada, lesap masuk mulut orang, jadi, anda perlulah berhati-hati dengan kutu ini!







4. Kutu Embun @ Kutu Jalan @ Mat Kutu 
Kutu ni sangat senang nak jumpa, selalu ada kat tepi jalan, dia akan hilang bila nak dekat-dekat subuh, Kutu ni biasanya berkumpul banyak-banyak, Kalau anda berjumpa dengan kutu ini, saya sarankan anda pergi dekat dengan kutu ini, dan azankan di telinga kutu ni sekor-sekor.







5. KUTUnggu jandamu-Irwanshah
Kutu ni aku tak nak komen banyak, punya ramai gadis-gadis di luar sana, janda jugak kau nak cari.



Tips Berguna Menghadapi Peperiksaan





1.Kurangkan Hiburan

Adik-Adik.. Kalau nak dapat doblas A macam abang ni dalam periksa UPSR, kurangkanlah tengok TV cerita Akedemi fantasia tu..jangan la terpengaruh dengan awie tu kalau dia ajak tengok akedemi fantasia, kak limah sorang je boleh tengok akedemi fantasia taw..






2. Makan Makanan Berkhasiat

Kalau bab makan, time nak periksa cam gini, kena memilih sikit, jangan banyak sangat makan meggi Aaron aziz yang besar tu, banyak makan sayur ke, kismis ke, susu soya ke, ni tak, nampak iklan abang Aaron aziz makan megi je terus pergi dapur panas air nak masak megi.






3. Buat Peta Minda

Bab peta minda ni, teringat pulak abang time sekolah rendah, 56 tahun dulu, cikgu-cikgu selalu suruh kami buat peta minda, kalau tak siap, kami kena berdiri bawah meja, atas meja tu ada kerusi, dapat bayang tak adik-adik? 






4. Buat Study Group

Kalau bab study group ni, abang memang suka, time ni la nak ngorat rakan sekelas, ye idak adik-adik? bukan nak study pon..







5. Baca Buku Latihan dan buku teks

Bab ni la yang paling penting sekali, pastikan apa yang kita belajar tu, kita faham dan ingat, kalau perlu, buat ulangkaji setiap hari, tapi kalau dah last-last minit, tak jadi apa la joyah oii, (terasa diri ini pakar rotibasi la plak)


Cara Mengatasi Harga Minyak Yang Naik 20 sen






 1. Jalan Kaki Pergi Kerja

Cara ini Paling berkesan jika anda seorang superman ataupun batman, Jimat duit dan minyak, tetapi tenaga kurang sikit jimatnya. Pastikan anda membawa bekal makanan yang cukup jika mahu mengunakan cara ini.





2. Jangan Guna Motor dan Kereta

Cara ini sepatutnya lebih mudah dipraktikkan kerana harga kenderaan alternatif seperti helikopter dan kapal terbang jauh lebih 'murah'. kalau anda kaya macam Awi rafael dan altimet, silalah guna cara ini.






3. Gunakan Alternatif Lain Selain minyak.

Jika Harga minyak terus menaik dan tak tahu nak turun-turun, gunakan alternatif lain, gunakan minyak seperti minyak rambut, minyak kelapa, bahkan anda juga boleh menggunakan orang minyak dan juga tahi minyak, cuma anda perlu pastikan kuantiti yang digunakan adalah betul.





4. Buat sendiri minyak Petrol

Cara paling mudah! rahsia membuat minyak petrol, Campurkan Kayu arang dengan sedikit minyak masak, panaskan diatas api yang kecil selama 3 jam, akhir sekali campurkan dengan sedikit kasih sayang. Ini rahsia, jangan sebarkan kepada orang lain.



5. Kerja Di Stesen Minyak ( Aku tak suruh korang songlap minyak)

Minyak naik = Gaji pekerja stesyen minyak naik?




Punca-Punca Rakyat Malaysia Menjadi Gemuk





 1. Kuat Makan 
Pesen yang kuat makan ni memang tak dapat nak elak lagi, Bukak je mata terus ingat makan, Nasib baik batu tak boleh makan, kalau tak habis la train tak boleh nak bergerak, semua batu kat jalan keretaapi abis kena makan.






2. Makan Makanan yang tidak Sihat.
KFC snack plate+ air Goga-Gola+ makan sebelum tidor , kalau diamalkan tiap-tiap hari, tak sampai sebulan berat badan naik 14 kilo, jangan risau, tak payah guna herbalife,alphalipid bagai.







3. Malas nak Bersenam
Ni penyakit yang paling bahaya di kalangan rakyat Malaysia, Makan sehari 5 kali, Bersenam? setahun 5 kali, tu pun sebab ada hari sukaneka kat sekolah anak, kalau tak, harammmmm nak bersukan.






4.Keturunan
Ramai yang menjadikan alasan keturunan yang menyebabkan mereka gemuk, tapi sedarkah mereka yang walaupun keturunan mereka gemuk, mereka tetap boleh menjadi kurus dan sihat dengan mengamalkan gaya pemakan yang sihat dan mengamalkan amalan 5S, Susun,sapu,sebat,senyum,songlap (?) 






5. Nama
Satu perkara yang tidak dapat dielakkan, nama....



Jenis-Jenis Hati yang Terdapat di Malaysia



 1. Hati Tisu


2.Hati-Hati



3.Patah Hati



4.Makan Hati



5.Sakit Hati



6.Buah Hati

Jenis-Jenis Duit

1. DUIT HARAM



2. DUIT KUTU



3. DUIT PENGERAS



4. DUIT PTPTN



5. DUIT RAYA


6. DUIT BERTINGKAT

Penculikan Neolofa

Neolofa Diculik






















Berdating di KLCC