Jenis-Jenis Pisang Di Malaysia


1. Pisang yang paling Mahal Di Malaysia

Pisang yang paling mahal di malaysia adalah Pisang Emas. Kalau terjumpa, mohon jangan dibawa belayar, nanti masak sebiji diatas peti.







2. Pisang yang Paling Cantik Di Malaysia

Pisang yang paling cantik di Malaysia adalah Pisang Bunga, Kalau terjumpa, Mohon untuk berikan kepada kumbang yang sedang mencari bunga,








3. Pisang yang paling Berkuasa

Pisang yang paling berkuasa di Malaysia adalah Pisang Raja.








Jenis -Jenis Siput


Siput dekat Malaysia Darul Kelakar ni ada bermacam-macam jenis. Ada yang boleh makan, ada jugak yang boleh tengok je, ada yang halal dan ada yang haram( Siput Babi).


1. Siput Sedut


Oleh kerana sekarang hampir masuk waktu tengah hari, abang nak bagi cadangan dekat korang untuk makan apa. Siput Sedut, Ye, siput yang boleh sedut-sedut tu..







2. Siput Sakit


Abang bukan suka sangat cerita pasal kawan abang ni, tapi perangai dia ni bangang sangat sampai semua benda tersalah cakap. Spm dulu dapat 8A. tapi perangai macam unta.





3. Siput Laut


Bini kawan abang mengidam nak makan siput laut, ada siapa-siapa tahu nak dapat kat mana? Ini serius!!. Siapa dapat tolong abang, abang bagi hadiah anak kura-kura.





4. Siput Besar


Abang baru lepas balik dari hospital semalam, melawat kawan abang, baru masuk ICU sebab buat teka-teki bangang. abang tak buat jahat sangat, cuma letak minyak masak dalam vape dia aje. 3 minggu kena tahan wad.





Korang mesti sakit hati kan baca post kali ni? mari abang tolong.